Pertama kali.
Pertama kali saya menonton perlawanan bolasepak dan merasa berdebar-debar.
Pertama kali saya menunggu perlawanan bola sepak untuk bermula di depan kaca TV.
Pertama kali saya menonton perlawanan bola sepak dengan penuh fokus sehingga ke penghujungnya.
Pertama kali saya gembira dengan “goooollll!” dan mengutuk dengan “booooo!” semasa menonton sebuah perlawanan bolasepak.
Pertama kali saya mengenali dan mengingati nama-nama pemain pasukan bolasepak.
Pertama kali saya membaca akhbar bermula dari belakang, untuk mengetahui berita tentang perlawanan bolasepak sedangkan sebelum ini saya tidak pernah membaca bahagian Sukan.
Semuanya bermula apabila Syahrul Azwari menjaringkan gol dalam perlawanan separuh akhir menentang Indonesia itu. Entah kenapa, budak itu seolah-olah mempunyai aura menyuntik semangat saya untuk menanti dan mengikuti perlawanan seterusnya, sehinggakan perlawanan antara Malaysia dan Myanmar pun saya tonton hingga ke penamat, sedangkan Syahrul Azwari dikeluarkan selepas separuh masa kedua. Ya, saya saksikan bagaimana Fakri Saarani memberi tendangan ‘berbisa’ dan seterusnya menjaringkan gol tunggal pada 5 minit terakhir dalam perlawanan yang saya sangkakan tidak akan membuahkan apa-apa bagi Malaysia itu!
Tidak, bukan sebab kecomelan Syahrul Azwari. Tidak, bukan kerana Khairul Fahmi yang dikatakan ganteng banget itu. Walau bagaimanapun, tidak saya nafikan saya kagum dengan kehebatan, ketangkasan, kebijaksanaan, daya fokus dan kekuatan psikomotor Khairul Fahmi yang dapat menangkap bola dengan smooth setiap kali bola menerjah menghampiri gawang Malaysia.
Oh tapi mungkin juga kerana saya rasa Ong Kim Swee agak cute. Antara sebab saya bertahan menonton hingga ke minit akhir - saya ingin melihat senyuman Ong Kim Swee, yang sukar untuk dilihat melainkan pasukan Malaysia menjaringkan gol! Waktu lain ada dia senyum? Tak ada! Asyik berkerut dan nak marah-marah saja muka dia. Nampak berkaliber di situ. Saya pernah bertanya kepada ayah saya, "Abah, awat dia asyik pakai baju warna biru? Masuk ni dah 3 kali nampak dia pakai baju biru ni!"
Jawapannya, kerana rasa ingin tahu dan ingin saksikan sendiri gaya pemain kita menumpaskan pihak lawan! Pelik, tapi benar. Dulu, jika ada kawan perempuan yang menonton bolasepak, pasti akan saya katakana, “Eleh, mesti nak tengok pemain handsome! Mana ada perempuan teringin nak tengok bolasepak, kalau tak ada lelaki yang handsome.” Ternyata, tohmahan saya silap. Patritotisme misalnya, boleh menjadi penyebab utama sesiapa sahaja ingin menonton perlawanan itu hingga saat terakhir.
Maka berakhir sudah Sukan SEA di Indonesia, tapi kehangatan perlawanan bola sepak antara Garuda Muda dan Harimau Muda pada Isnin lalu masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini. Walaupun Malaysia tewas pada Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik, mata penyokong-penyokong Malaysia seolah-olah masih dikaburi, seolah-olah terpukau dan dibuai mimpi dek kemenangan negara tercinta di Stadium Gelora Bung Karno, di atas tanah negara seberang yang menjadi tuan rumah itu sendiri.
Bagi Indonesia, perlawanan dengan Malaysia dianggap sebagai kayu pengukur kehebatan pasukan mereka. Kemenangan ke atas Malaysia bagi mereka, adalah tiket untuk mendabik dada mengatakan mereka adalah pasukan bola sepak yang terhebat di Asia Tenggara.
Berlainan dengan negara kita Malaysia, perlawanan dengan Indonesia dianggap sebagai satu perlawanan yang cukup signifikan dan mendebarkan, kerana 3 perkara:
Pertama, kerana mereka jiran terdekat kita dan rata-rata masyarakat mereka adalah serumpun dengan kita. Susuk tubuh fizikal dan ketinggian mereka hampir-hampir sama dengan pemain-pemain kita (jika pemain import tidak diambil kira). Jadi, tiada alasan bahawa mereka lebih handal kerana kekuatan fizikal mereka.
Kedua, kerana rakyat Indonesia sudah banyak yang bertapak menumpang mencari rezeki di Malaysia, maka perlawanan Indonesia-Malaysia adalah perlawanan persaudaraan, yang boleh dibandingkan seperti dua orang kanak-kanak yang berlawan menyepak bola, satunya adik dan satunya abang.
Ketiga - faktor yang paling penting: kerana sikap penyokong-penyokong mereka yang anti-Malaysia tanpa sebab-sebab yang munasabah, cukup hostile, kurang ajar dan boleh disifatkan seperti orang-orang yang datangnya dari negara yang tidak bertamadun, sedangkan Indonesia adalah sebuah negara yang penuh adat dan tatasusila, apatah lagi jika ingin kita bicarakan tentang adat Melayu yang masih mereka kekalkan dengan lebih baik daripada negara kita sendiri yang lebih banyak mengadaptasi budaya Barat dalam pelbagai aspek sekarang ini, sedangkan kedua-duanya ialah negara-negara Nusantara dari Rumpun Melayu yang sama.
Persoalannya, mengapa mereka terlalu bencikan Malaysia? Ada beberapa teori yang dapat saya simpulkan daripada beberapa pemerhatian dan pembacaan, yang mungkin menjadi faktor-faktor kebencian Indonesia terhadap Malaysia:
Pertama, mereka claimed that lagu Negaraku, yang sememangnya berirama sama dan diinspirasikan daripada lagu Terang Bulan, berasal dari Indonesia. Maka, mereka mengejek-ejek lagu Kebangsaan kita yang tiada originality itu. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak pasti.
Kedua, banyak teori mengatakan mereka sebenarnya cemburu atau lebih tepat, envious dengan pembangunan dan kejayaan Malaysia. Perkara yang paling ketara? Matawang. Ringgit mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada Rupiah. Bahkan, kecemburuan mereka hampir tidak berasas apabila mengatakan kejayaan yang dikecapi negara kita sekarang ini adalah disebabkan kaum bukan Melayu. Contohnya, syarikat-syarikat besar yang didominasi oleh Ananda Krishnan dan Tony Fernandes, Lee Chong Wei yang mengungguli arena badminton, Nicol David yang ternama dalam bidang squash. Ada benarnya, tetapi mereka bercakap seolah-olah negara mereka adalah negara total Melayu dan bukannya berbilang kaum!
Ketiga, mereka masih dilamun igauan yang diturunkan oleh nenek moyang mereka yang gagal dalam perjuangan mereka untuk menubuhkan Melayu Raya (sebuah negara Melayu yang dianggotai oleh Malaysia dan Indonesia), dan dengan itu, mereka masih ingin memperjuangkan Ganyang Malaysia. Rata-rata mereka tidak bersetuju apabila Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Pada fikiran saya, bagus juga nenek moyang kita tidak merealisasikan Melayu Raya. Pertama, jika Melayu Raya menjadi realiti, mungkin negara itu masih lagi menjadi sebuah negara yang miskin dan bermatawang rendah disebabkan rakyat yang terlalu ramai. Kedua, jika sebegitulah sikap rakyat Indonesia yang sebenarnya, yang mengaku mereka adalah Melayu tetapi membuat rusuhan dan pembakaran di sana sini, maaf, saya tak rasa negara itu akan aman seperti Malaysia sekarang ini (ketepikan dahulu isu Bersih dan Seksualiti Merdeka yang dilatari individu bukan Melayu dan Melayu pengkhianat bangsa itu).
Keempat, tuntutan hakmilik dari segi kesenian. Mereka katakan batik itu kesenian Indonesia, mereka katakan lagu Rasa Sayang itu berasal dari Indonesia dan merupakan hakmilik mereka. Bagi saya, isu ini boleh diselesaikan dengan baik jika kita kembali kepada konsep rumpun Melayu. Berabad-abad dulu, nenek moyang kita semuanya Melayu, berdagang bersama-sama, jadi sudah pastilah ada pertukaran harta kesenian ini antara kedua-dua buah negara. Maka, apa salahnya berkongsi?
Kelima, isu pembantu rumah Indonesia yang asyik didera oleh majikan-majikan di Malaysia, yang masih belum ada penyelesaiannya.
Nak cakap pasal benda ni, sampai esok pun tak habis.
Dalam akhbar, ada rakyat Indonesia yang memberikan komen mengatakan mereka malu dengan sikap penyokong-penyokong Indonesia yang berkelakuan buruk dan tidak menghormati tetamu di tanahair mereka. Kata mereka, penyokong-penyokong itu rata-ratanya datang dari kampung (orang kampung), datang dari jauh, tanpa tiket. Baiklah, mungkin mereka itu kurang berpendidikan. Tapi untuk sebuah negara Islam, faktor kekurangan pendidikan akademik yang dijadikan alasan untuk kekurangan akhlak dan budi pekerti tidak dapat diterima akal sama sekali!
Apapun, satu sahaja yang ingin saya katakan.
Cuba anda pergi ke Indonesia. Perhatikan bagaimana layanan dan tingkahlaku mereka terhadap anda.
Sangat baik!
Berdasarkan pengalaman saya ke Jakarta dan Sumatera, Rakyat Indonesia sebenarnya (di luar padang, perlawanan bola, stadium), sangat baik, peramah, dan berbudi bahasa – jauh lebih baik dari rakyat Malaysia! Mereka sangat menghormati orang-orang Malaysia, sehinggakan saya berasa sangat malu apabila memikirkan layanan rakyat Malaysia terhadap mereka di negara kita, dan bagaimana rendahnya mereka pada pandangan kita.
Mereka tidak sombong. Apabila saya ke kedai, pekedai-pekedai mereka menyambut saya dengan senyuman. Malah, tauke-tauke Cina mereka juga sangat peramah, sangat fasih berbahasa Melayu sehinggakan saya tertipu dengan keindahan bahasa mereka, dan menyangka mereka adalah Melayu sebenar!
Apek: Kamu orang Maliysia ya?
Saya: Ya. Bagaimana kamu tahu?
Apek: Gaya pertuturannya lain.
Saya (ketawa kecil, malu kerana sudah sehabis baik cuba bertutur dengan gaya dialek Indonesia supaya dapat mengaburi mata mereka untuk memberi harga murah): Kamu? Orang sini ya?
Apek: Ya, saya orang Indonesia.
Saya (mengangguk dan teragak-agak, nak tanya ke taknak, kalau tanya kat Malaysia orang kata racist): Err... kamu ini Cina ya?
Apek: Ya! Mengapa ya?
Saya: Nggak apa-apa. Bahasa Melayu kamu baik banget, saya hampir-hampir ingat kamu Melayu.
Apek (ketawa): Jangan terkejut, kami di sini sangat pandai berbahasa Indunesia dong!
Saya: Sudah tentu!
Malah, apabila sampai ke Lapangan Terbang Sukarno Hatta di Jakarta, saya terdengar sekumpulan remaja Indonesia bercakap-cakap, dan seorang daripada mereka merakam percakapan itu menggunakan kamera video.
“Hai, kami sudah sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta. Sangat gembira kerana sudah kembali ke tanahair. Pengalaman bercuti di Kuala Lumpur tidak akan kami lupakan, tatapi Indonesia tetap di hati kami!”
Sambil mengambil beg di bahagian penyimpanan beg di atas kepala, saya berasa sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka dan menoleh. “Omg, aku ingatkan Melayu tadi, fasihnya cakap Melayu!” bisik hati aku. Mereka semua rakyat Cina Indonesia! Kalau senario tadi berlaku di Malaysia, mesti saya sudah tampar-tampar pipi saya untuk memastikan saya bukan bermimpi. Kalau sekumpulan remaja Cina di Malaysia bercakap Melayu fasih sesama mereka dalam sebuah recording, tanpa seorang pun anggota mereka berbangsa Melayu, itu adalah ibarat igauan dalam mimpi.
Rakyat Indonesia rata-ratanya sangat miskin. Mereka sanggup buat apa saja untuk mencari rezeki. Saya benar-benar simpati dengan mereka. Ada yang cuba menjadi ‘polis trafik’ dan memberi isyarat kepada kereta-kereta lain supaya memberi laluan kepada kereta-kereta di kawasan berlampu isyarat dan diselekoh-selekoh yang pancit banget, dengan bayaran hanya beratus-ratus rupiah yang tiada langsung nilainya jika ditukarkan ke matawang Malaysia. Ada seorang budak lelaki yang mengejar saya sampai saya menaiki trem, hanya untuk memujuk saya membeli rantai buatan kayu (saya pernah memakai rantai ini di IMU, tapi dah hilang) dengan harga 5000 rupiah, kerana sebelum itu saya cuba bargain dengan dia 10,000 rupiah dapat 3 rantai (ridiculous kan, tapi waktu tu saya cuma ada wang yang sangat limited, jadi perlu berjimat) dan berlalu pergi apabila dia refused to sell with that price. 10,000 rupiah bersamaan lebih kurang 3 ringgit, jadi kalau saya minta 10,000 rupiah dapat 3 rantai memang kasihan pada budak tu, sebab dia akan kerugian besar, sedangkan rantainya elok buatannya. Saya rasa sangat simpati, jadi saya beli rantai itu dengan harga 5000 rupiah (seringgit lebih harga Malaysia), walaupun saya sangat pasti rantai itu dijual dengan harga RM10 di Malaysia (lebih daripada 30,000 rupiah).
Apabila mereka tahu kita rakyat Malaysia, mereka akan tunduk dan tersenyum dan menyapa “Pagi bu, pagi pak” dengan sangat mesra. Bagaimana pula layanan kita pada mereka di sini? Pada pembantu-pembantu rumah, buruh-buruh mereka?
Lebih kurang 3 minggu lepas, sewaktu makan tengahari dengan mak di Papa Rich Sunway Pyramid, ada sekeluarga Cina datang duduk di sebelah meja kami. Keluarga itu ada 2 anak kecil, dan ada seorang pembantu rumah warga Indonesia bersama mereka. Mereka menempah nasi lemak ayam yang sama setiap seorang, termasuk pembantu rumah itu. Apa yang mengejutkan saya, sebaik sahaja makanan sampai, wanita cina itu terus mangambil ketulan ayam (satu-satunya ketulan ayam) daripada pinggan pembantu rumahnya dan memasukkan ke pinggannya, yang juga sudah ada seketul ayam, menjadikan jumlah ketulan ayam di pinggannya 2 ketul. Pembantu rumah itu nampak terpinga-pinga kerana ketulan ayamnya sudah diambil, dan apa yang tinggal di pinggannya hanyalah nasi lemak biasa. Saya sangat bersimpati dengan pembantu rumah itu. Rasa simpati dan malu menjadi rakyat Malaysia yang berkelakuan begitu, walaupun pembantu rumah itu adalah pekerja yang dibayar gajinya. Langsung tidak beretika!
Lebih kurang 3 minggu lepas, sewaktu makan tengahari dengan mak di Papa Rich Sunway Pyramid, ada sekeluarga Cina datang duduk di sebelah meja kami. Keluarga itu ada 2 anak kecil, dan ada seorang pembantu rumah warga Indonesia bersama mereka. Mereka menempah nasi lemak ayam yang sama setiap seorang, termasuk pembantu rumah itu. Apa yang mengejutkan saya, sebaik sahaja makanan sampai, wanita cina itu terus mangambil ketulan ayam (satu-satunya ketulan ayam) daripada pinggan pembantu rumahnya dan memasukkan ke pinggannya, yang juga sudah ada seketul ayam, menjadikan jumlah ketulan ayam di pinggannya 2 ketul. Pembantu rumah itu nampak terpinga-pinga kerana ketulan ayamnya sudah diambil, dan apa yang tinggal di pinggannya hanyalah nasi lemak biasa. Saya sangat bersimpati dengan pembantu rumah itu. Rasa simpati dan malu menjadi rakyat Malaysia yang berkelakuan begitu, walaupun pembantu rumah itu adalah pekerja yang dibayar gajinya. Langsung tidak beretika!
Kesimpulan yang ingin saya ketengahkan di sini – hormatilah mereka, kerana mereka sebenarnya amat menghormati kita. Berbudi-bahasalah setakat yang kita mampu.
Namun, jika difikirkan kembali sikap pemain-pemain mereka yang menjampi-jampi di tiang gol, sikap penyokong-penyokong mereka yang tidak bangun dan mengejek-ejek lagu Negaraku sewaktu ia dimainkan, sikap mereka yang mengganggu pemain-pemain kita sehingga tidak dapat masuk dan keluar dari stadium dengan aman sehingga perlu menaiki Barracuda – mungkin kekalahan itu perlu bagi mereka sebagai pengajaran. Namun, adakah mereka akan mengambil kekalahan itu sebagai pengajaran? Pada fikir saya, kekalahan yang boleh dikatakan hampir-hampir disebabkan nasib itu (penalti adalah perjudian nasib, sepakan Baddrol yang dramatic umpama magis, walaupun ketangkasan dan fokus Khairul Fahmi patut dipuji) akan menyemarakkan lagi api kebencian dan fahaman anti-Malaysia mereka, dan pemain-pemain kita kemungkinan akan berdepan dengan dugaan yang lebih hebat lagi selepas ini. Saya khuatir, selepas ini mereka akan menjampi dan mencuba sesuatu agar Khairul Fahmi, aset penting pasukan kita, tercedera dan dikeluarkan. Berapa kali penyerang-penyerang kita diberi kad kuning pada hari itu, oleh pengadil yang juga kelihatan seperti berat sebelah?
Sukan SEA dilihat gagal menyatukan negara-negara ASEAN kerana sikap pentingkan diri negara penganjur!
Apapun, saya suka makan Nasi Padang. Oh Sari Ratu!
P/S: Can anyone enlighten me, why does Harimau Muda have to play against Syria and Bahrain, when they just played in Sukan SEA? Where’s the Harimau Malaya team – Safee Sali, Zaquan, Zafuan? What are the senior players doing? Why didn’t they let the above-23 team to play for the Olympic qualification match? I’m just curious, cuz Harimau Muda looked exhausted last Wednesday.

boleh dijawab soalan itu cik muna:
ReplyDeleteskuad olimpik = skuad harimau muda = bawah 23 tahun. :) (kalau salah betolkan yek)
safee sali, zaquan, zafuan, kunalan, hadi yahya itu skuad senior :)
sila lontarkan kepada FAM tentang kenapa tak tukar tarikh ataupun buat satu skuad khas untuk sukan SEA. Ramai bakat muda kat Sekolah Bukit Jalil :)
Hareez
Haha tukar tarikh tu mustahil, but again, skuad senior tak boleh ke main untuk Olimpik? Kenapa mesti guna Harimau Muda juga? Itulah yang membingungkan saya =) Or memang perlawanan tu untuk bawah 23 tahun?
ReplyDeletememang untuk bawah 23 sahaja..badrol dan asra juga tidak layan main pada waktu ini..
ReplyDeleteterlalu nak sangat menang sukan SEA sangat. bagi aku baek tumpu Olimpik. lagi legend kalau dapat masok :D aah. tak boleh skuad senior. dah tua. kene pakai bawah 23 tahun. :)
ReplyDeleteHareez